8 Perkara Orang Malaysia Tak Boleh Hidup Tanpanya!!

Malaysia tentunya sebuah negara yang unik ditambah pula dengan rakyatnya yang tentulah lebih unik dengan kepelbagaikan kaum boleh hidup di dalam satu negara dengan penuh bahagia. Jika Jepun terkenal dengan kehebatan mereka membangunkan mesin dan robot serta tak kurangnya dengan makanan mereka seperti Sushi dan Wasabi, Malaysia juga apa kurangnya.

Berikut kami kongsikan perkara yang hampir semua rakyat Malaysia tak boleh hidup tanpanya!

1. Nasi Lemak & Teh Tarik

Well ini memang wajah Malaysia. Susah rakyat di Malaysia ni nak survive atas dunia ni kalau perlu hidup tanpa Nasi Lemak & Teh Tarik. Makanan dan minuman istimewa yang telah menjadi kebiasan sejak zaman nenek moyang kita dulu lagi. Pendek kata dalam seminggu mesti nak pekena Nasi Lemak dan Teh Tarik barulah minggu rasa lengkap. Anda tak layan Nasi Lemak dan Teh Tarik? Ok takpe lihat point berikut pula.

2. Mamak!

Haaa boleh surrender lah ya. Menipu sangat kalau tak lepak mamak. Kalau bukan selalupun paling tidak mesti ada sekali juga dalam sebulan. Samada mahu atau tidak, restoran mamak telah lama menjadi keistimewaan di Malaysia. Mereka berniaga 24 jam tanpa tutup dan menghidangkan apa sahaja jenis makanan yang diinginkan. Jadi tak peliklah jika pagi petang siang dan malam sentiasa penuh dengan rakyat Malaysia yang melepak berjam-jam lamanya. Itu belum lagi kalau musim Bola lagilah penuh. Apapun apa pilihan yang ada lagi selain mamak ketika pukul 2 pagi? Haha Mamak Awesome!

3. Myvi

Bukan Malaysialah kalau tak penuh Myvi atas jalan. Pergi sahaja ke mana-mana, pasti kita akan menjumpai Myvi. Ada Myvi yang standard dan lagi banyak yang dah diubahsuai. Jika di atas jalanraya tak sah kalau tak ada masalah dengan Myvi sebabnya Myvi ini terlalu banyak. Jika di lebuhraya, jangan pelik kalau anda jumpa Ferrari yang telah diubahsuai menjadi Myvi. Fahamkan? Laju tau Myvi ni!!

4. Semua Benda Nak Pedas

Kita ada sambal belacan, sambal, cili padi, cili sos, dan macam-macam lagi yang sentiasa membuatkan kita mencari air kerana tidak tahan dengan tahap kepedasannya. Peliknya, dah tahu pedas tapi tetap nak makan lagi sebab tak boleh tahan sedap sangat! Walau bukan semua orang boleh tahan dengan tahap kepedasan cili di Malaysia ni, tapi cili sentiasa mendapat tempat dihati rakyat Malaysia tak kiralah apa bangsa sekalipun. Tanpa cili dapatkan rakyat Malaysia survive? Mungkin tidak.

5. Masa

Jika berjanji pukul 8 malam, mesti pukul 9 malam baru sampai. Kalau janji nak datang pukul 10 pagi, mesti tengahari baru sampai. Pelbagai alasan akan diberikan dan bagi yang menunggu, haruslah banyakkan bersabar kerana itulah wajah segelintir rakyat Malaysia. Ia, tidak menepati masa. Lain kalu kalau nak jumpa pukul 10 pagi, cakap dengan orang tu nak jumpa pukul 9 pagi. Barulah betul dia sampai pukul 10 pagi. Hahaha. Kalau tak buat macam tu, memang tercangaklah kena tunggu dia.

6. Minta kurang/diskaun harga

Ini serius bukan orang Malaysia kalau tak minta kurang. Beli apa pun kalau boleh jangan cakap minta kurang, dia minta sampai dapat FREE benda tu. Hahaha. Sebagai pembeli yang pintar, rakyat Malaysia akan bermati-matian mahu mendapatkan nilai yang terbaik untuk apa sahaja yang mereka beli. Ayat seperti “Eh, tak ada diskaun ke? Hadiah percuma ke?” pastinya selalu kita akan dengar. Lebih sadis bila perniagaan orang dia tak minta kurang tapi bila kawan-kawan sendiri yang berniaga kalau boleh nak minta kurang sampai dapat free. Harga kawan-kawan katanya. Cis!

7. Telefon pintar & internet

Bila makanan dihidangkan atas meja, perkara pertama bukanlah lagi baca doa makan macam dulu. Sekarang semua akan ambil telefon masing-masing dan ambil gambar kadang-kadang sampai 10 minit. Sampai sejuk makanan tu dibuatnya. Segelintir rakyat Malaysia akan berasa risau bila kawan-kawannya tidak tahu apa aktiviti yang mereka lalui. Sebab tu semua benda nak kena muat-naik barulah kawan-kawan tahu betapa hebat kehidupannya. Ada juga yang muat-naik kebahagiaan hidupnya dengan pasangan biar orang tahu dialah manusia paling bahagia atas dunia ni. Tapi hakikatnya menderita di belakang sosial media. Jangan jadi rakyat Malaysia yang macam tu ya!

8. Aplikasi MyDiGi Kini Berwajah Baru!

Aik! Ini pun ada? Ya tentulah ada jika awak seorang pengguna Digi yang tegar macam Ohmedia. Pengguan Digi di Malaysia ni mana boleh hidup tanpa bergantung kepada aplikasi MyDigi untuk selesaikan semua urusan mereka berkaitan telekomuniasi. Dari segi bil, topup, 24 jam khidmat pelanggan, dan banyak lagi.

Baru-baru ini pihak Digi telah memperkenalkan aplikasi popular mereka, MyDigi yang kini berwajah baru dengan antaramuka pengguna yang telah ditambah-baik. Aplikasi MyDigi ketika ini masih mengekalkan semua fungsi pada aplikasi terdahulu cumanya kini telah ditambah dengan pelbagai lagi fungsi menarik seperti ganjaran, lencana, chat secara langsung, dan banyak lagi.

Dengan antaramuka yang sangat mesra pengguna, pastinya pengguna Digi kini akan merasai pengalaman yang lebih baik apabila menggunakan aplikasi tersebut untuk pelbagai tujuan berkaitan dengan Digi. Digi is awesome!

Jadi awak bagaimana? Boleh hidup tak tanpa 8 perkara yang Ohmedia kongsi ni? Kalau soalan ni buat awak berfikir maknanya tak boleh hidup lah tu. Jangan risau sebab bukan awak seorang. Kita geng! Haha!


Via Oh! Media: http://ift.tt/2lntNRQ