7 Tabiat Perempuan Bila Pergi Kenduri Kahwin, No 5 Tu Wajib!

Cuti sekolah akan tiba tak lama lagi. Waktu tu ramai yang bakal tamatkan zaman bujang mereka. Time tu jugak lah seronok dapat berkumpul dengan kawan-kawan lama. Kat majlis kahwin jugaklah kita boleh tengok macam-macam perangai dan keletah orang.

Kat sini admin nak share 7 perangai perempuan kalau pergi kenduri kahwin. Cer tengok ada tak benda-benda nie yang korang atau kawan perempuan korang yang buat.

Sikit-sikit betulkan tudung.

gifHaaaa..Ado yolahh yang tak kena dengan tudung tue. Sengetlahh. Longgarlahh. Ketatlahh. Kadang sampai ada yang tak lalu makan disebabkan ketidakmenjadian tudungnya tu. Mood boleh spoil kalau tudung tak jadi sebab nanti tak cantik nak ambik gambar.

Makeup mengalahkan pengantin!

giphyAwal tu dah makeup kalah pengantin. Dah selesai makan, sebelum bergambar memang tak sah kalau tak touch up. Maklum laa lipstick pon dah comot. Tak nak laa time ambik gambar ada cili di celah gigi sambal tercalit kat pipi. Ahahaha. Lelaki sure stress nak tunggu girls touch up bila nak bergambar. Ada ja yang nak tambah.

‘Cuci mata’. Winx winx.

giphy (1)Jangan ingat lelaki ja cuci mata. Perempuan pun ada juga tabiat ni. Mana tahu kot bertemu jodoh kan. Tapi jangan la salah faham. Perempuan bukan sahaja cuci mata melihat jantina lain, tapi juga melihat jantina yang sama. Maklumlahh time kenduri kahwin ja ramai melaram, so time tue lah nak tengok orang lawa-lawa. Girl crush gittew.

Selfie + OOTD + Wefie wajib.

WhatsApp Image 2017-02-12 at 4.21.16 PMWanita dan bergambar memang tak dapat dipisahkan. Time tu je la kau rasa kau lawa. Jadi kau tak nak lepaskan moment lawa kau. Segala touch up dan effort untuk betulkan tudung berbaloi bila gambar kau cantik. Betul tak? Ahahahah. Yang snap gambar lagi (selalunya lelaki) kena tabah untuk snap gambar. Sebab 1 snap takkan mampu puaskan hati perempuan.

Gossip!!!

giphy (2)

Gossip ni merangkumi semua yaa. Since dah jumpa kawan-kawan kat situ, kita confirmlah akan bertanya hal orang. Sihat ker tidak. Buat apa sekarang. Gossip in a good way laa. Bukan senang nak jumpa kan. Masing-masing dah sibuk. Paling jahat gosip makeup dan baju pengantin. Oppss!!

Meng’gila’ di photobooth.

giphy (3)Alang-alang ada photobooth kan, haruslah abadikan kenangan kat situ. Unlimited print tu kena guna sebaiknya. Mulalah masing-masing pening nak guna props apa yang ada. Dah banyak sangat kan.

Cover segala-galanya.

giphy (4)Waktu majlis macam ni mula la nak cover makan, cover gelak, cover segalanya lahh. Walhal kat rumah elok ja makan kemain lagi gelojoh, gelak sampai nak tercabut anak tekak. Tapi elok la kan anak dara jangan ditunjuk perangai tak elok tu. Nanti daripada nak dapat jodoh, terus jodoh lari. Ahahah.

The post 7 Tabiat Perempuan Bila Pergi Kenduri Kahwin, No 5 Tu Wajib! appeared first on OHBULAN!.


Via OHBULAN!: http://ift.tt/2lWlWij